Wednesday, November 20, 2013

Batik oh Batik

Sabtu lepas , 16 November 2013 aku balik Terengganu sbb ada tugasan kt opis di sana. Malam tu masa bersembang ngn mak ayah aku, terdetik dalam kepala aku nak tanya pasal perniagaan batik cousin aku, Nozi Batik. Timbul cadangan dari aku untuk cuba jual batik ni kt Putrajaya. Jadi aku ajak mak aku tanyakan cousin aku ni.. 

Alhamdulilah...cousin aku ni, bagi aku nak kalau nak wt bisnes batik ni. jadi aku beli le dulu 11 helai batik sbg percubaan n kalau berjaya aku akan ambik lagi stok dari dia akan datang. mmg batik keluaran nozi batik sangat cantik dan aku rasa market dia sangat cerah. aku bagi contoh kain. Akan datang aku akan letak gambar setiap helai pulak.


Friday, November 15, 2013

Cabang Bisnes Baru

Hehehe..aku x tau tajuk ni sesuai ke x..tp saje nak tulis..
Lepas 3 bulan aku dok search blog dan google, aku rasa nak bukak satu lagi cabang bisnes baru..aku nak wat pelaburan emas..
Ni sekadar utk pelaburan sahaja..harga emas naik aku jual..sbb aku tgk harga emas skrg ni agak murah..aku beli emas 14 November 2013 utk 100gm 999.9  = RM14,261 dan 1 dinar = RM582

Dah nama pun tajuk blog aku ni minat bisnes..jadi selagi aku bleh usaha utk dpt duit melalui bisnes n pelaburan, aku akan lakukan je...Cabang bisnes yg aku tgh wt skrg ni 4life, Sewa Rumah dan Pelaburan emas.. Seme tu masih part time...

Kalau ada nnt peluang untuk jadikannya sebagai full time aku akan wt jugak...tp wt masa ni part time pun ok

Wednesday, November 6, 2013

Perkara Yang Kita Patut Tahu : Silver & Gold - Hidden Secrets Of Money Ep 1 - Currency vs Money - Mike ...


http://www.youtube.com/v/DyV0OfU3-FU?autohide=1&version=3&attribution_tag=4pplkWaFHKqVXa9FW3_3Dg&autohide=1&showinfo=1&feature=share&autoplay=1

Bila lepas aku tengok video ni..baru aku tahu yg manipulasi duit kertas oleh orang barat..kita agung-agungkan duit tetapi sebenarnya ape yg kita usahakan, keringat kita dikerah tapi kita x dapat ape?

Patut le islam dalam perniagaan islam disaran sandarkan pada emas..

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=DyV0OfU3-FU

Friday, November 1, 2013

Untuk Berjaya Mesti Ada Ilmu

Dah lama x tulis post bisnes ni..Asyik tulis dalam blog aku yang lagi satu..
Hari ni aku just nak share pasal ilmu. Aku sekarang ni mmg tengah gila..gila beli buku-buku ilmiah pasal bisnes dan juga pasal pelaburan. yelah orang cakap nak berjaya kena ada ilmu...ilmu mcm mane nak dpt..kena le usaha cari ilmu tu, bertanya orang atau beli buku-buku yang berkaitan untuk kita pelajari.

Sebahagian pelaburan dlm ilmu
CD dari sifu fb ads. 

Pelaburan aku utk beli cd tu agak mahal le jugak tp bila pikirkan balik. Ni semua modal yang perlu aku kuarkan utk berjaya dalam bisnes. Insya Allah usaha tangga kejayaan..nak pegi berperang kena sediakan senjata dan peluru yang mencukupi


Malaysia Cheap Web Hosting