Wednesday, December 10, 2014

Aku Berhak Kaya dan Berjaya

Kenapa aku tak boleh nak kaya mcm orang lain, ape bezanya aku dengan mereka semua diluar sana yang kaya raya. Bukan semua yang kaya kat luar sana asal dari keluarga yang kaya, atau ada pendidikan tinggi menyebabkan otak mereka sangat genius. Jadi kenapa mereka boleh kaya dan tidak aku. Aku x nak bandingkan dengan ramai lagi yang lebih miskin dari aku sbb aku dah tau jawapan mereka. TAKDIR. atau pun macam2 lagi alasan mereka. Aku cuma nak tau pasal bagaimana nak jadi KAYA. Kenapa aku tidak menjadi salah seorang daripada mereka.

Memang topik macam ni aku lebih selesa tulis dalam blog ni dan bukan di blog peribadi aku. Alasannya sebab aku rasa orang yang nak baca blog ni ialah orang yang MINAT BISNES dan sikit-sikit dalam pikiran mereka macam aku jugak. Tengah cari peluang bagaimana nak jadi kaya. Aku bukan anti makan gaji, malah aku sendiri makan gaji. Dah bertahun-tahun aku makan gaji. Cuma dalam masa yang sama juga, bertahun-tahun aku intai peluang untuk majukan diri dalam perniagaan tetapi masih belum ada rezeki. Aku tak salahkan sesiapa pun kerana memang kelemahan aku masih tidak bersedia dan tiada mentor, Semua buat dengan cara TRY and ERROR. Tu seme x menjadi. Ditambah pula dengan mentaliti bisnes untuk tambah income dan buat bisnes part time-part time sahaja.

Kembali ke topik asal, kenapa aku tak boleh kaya macam orang lain. Sebenarnya jawapan tu dah ada pada kita sendiri. Adakah usaha kita sekarang ni melayakkan kita untuk jadi kaya.Kerja yang kita buat sekarang ni melayakkan kita kaya.Berapa banyakkah alasan yang kita ada-adakan untuk mengelakkan kita dari kaya. Semua tu jawapan kepada persoalan kita tadi. Kita masih banyak perasaan malu, takot, segan, malas dan pelbagai lagi perkara-perkara negatif dalam fikiran kita. Aku bagi contoh yang senang, Ilmu marketing yang paling power ialah kita bagitau semua orang bisnes yang kita buat.

Aku ambik contoh diri aku ini, aku buat bisnes produk kesihatan yang memang telah terbukti kebekesanannya dan telah berjaya membantu ramai orang sama ada orang yang sakit ataupun orang yang sakit duit. Syarikat yang bagus, produk yang bagus, sistem yang bagus.  Tetapi kenapa ada orang yang berjaya gile2 dalam bisnes ni dan ada yang x berjaya, lingkup dan salahkan orang lain. adakah orang lain salah atau diri sendiri yang tidak bersungguh-sungguh berusaha.

Kita selalu letakkan semua kesalahan kepada orang lain. kita lupa kesalahan yang paling besar ialah diri kita. Kita tidak memaksa bahagian malas dalam diri supaya bangun untuk lebih berusaha, jangan takot berusaha. Ini lah aku sebelum ini, bercampur aduk perkara yang negetif dan positf. Sekarang aku dah mula nampak, untuk berjaya sebenarnya kita harus positif, sifat-sifat positif akan menyebabkan orang mudah rapat dengan kita, tertarik dengan apa yang ingin kita kongsikan dan mungkin bersama-sama ingin menjadi rakan kongsi kita,

Berapa lama lagi kita sanggup hidup dengan cara hidup yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau hidup biasa-biasa, pendapatan pun biasa-biasa. kalau balik keje hanya pikir nak lepak kat umah, lepak kedai mamak, main futsal, dan banyak lagi aktiviti biasa. maka mmg biasa jugak le pendapatan kita. Aku menerima kalau ada komen, tp mohon agar komen tu biarlah komen yang membina atau perbincangan yang menjurus ke arah ilmiah, bukan tujuan nak cari salah sesiapa. Sebab pandangan ini adalah bersifat peribadi, maybe orang lain ada pandangan masing2



Tuesday, December 9, 2014

GempakBazaar di TTDI

Dah lama rasanya  Team 4life Putrajaya tak bukak booth di mana-mana. Selalunya hanya buat temujanji. Last booth yang kami buat sama-ialah di Dataran Underground (Post sebelum ini). Jadi pada  6 dan 7 Disember beberapa hari lepas, kami telah join booth anjuran GempakBazaar di Rasta TTDI. Aku dan team 4life Putrajaya telah berjaya menjalankan aktiviti berkongsi manfaat Produk 4life dan juga peluang perniagaannya. Kami  berempat ni kiranya ambil peluang untuk mendekati vendor-vendor booth yang lain sambil berkenalan. Maklumbalas agak mengalakkan juga sbb ramai jugak orang yang msh tak tau apa itu 4life.
Berkongsi booth dengan Produk Batik Terengganu pada Hari Pertama
Pada hari pertama, aku letak juga produk-produk Batik dari Idayubatik untuk tatapan pengemar batik. xde le kuarkan banyak sangat, untuk promosi je. Aku lebih fokus kepada berkongsi manfaat 4life sebenarnya. Jadi vendor-vendor di sekeliling tu seme team aku bagi flyer dan berkongsi maklumat ape itu 4life. Mudah-mudahan mereka semua boleh sebarkan maklumat itu kepada lebih ramai orang. 
Salah seorang dari ahli team 4life Putrajaya, Nizam 
 Ini dia hero-hero team 4life Putrajaya. Lepas ni kami semua akan buat havod di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Dari kiri, Aku (Shukri), Nizam, Kerull dan Hafiz
Masih ada beberapa lagi ahli team yang x dapat hadir kerana kekangan masa. Team kami bukan hanya berada di Putrajaya tetapi semua kawasan. Seperti Kerull juga cover kawasan Cheras, Petaling Jaya dan sekitarnya, ada lagi Somat ( Ampang), Cie (Puchong), Nizam (Putrajaya dan Penang), Hafiz (Putrajaya dan Kelantan), Aku (Putrajaya, Terengganu dan Johor), Aca ( Putrajaya dan Bentong,Pahang). Memang best kalau buat aktiviti kumpulan macam ni.
Kerull menyampaikan manfaat 4life kepada pengunjung yang datang sambil merasai sample produk 4life.
 
Dalam jaga Booth tu, sempat juga dengar preview filem Ophilia oleh Que Haidar. Macam best je cite Ophilia ni, kisah berkenaan semangat setiakawan 3 orang Skinhead.

Friday, November 21, 2014

Langkah Pertama Untuk Kaya Dan Berjaya

Minggu lepas pada Ahad 16 November 2014, aku telah mengambil langkah berani dengan menyewa 1 unit/rak di dalam Butik Sweet Smile untuk menempatkan koleksi produk Idayu Batik. Mungkin Allah nak tunjukkan jalannya. Aku kebetulan makan di kedai mamak yang berdepan dengan butik tersebut tergerak hati untuk masuk ke dalam butik dan bertanyakan berkenaan menyewa tapak di butik berkenaan.

Buat masa ini aku hanya masukkan kaftan, sutera dan kain sarung.In Shaa Allah akan datang aku akan tambah koleksi kaftan termasuk kaftan bertali halus dan lain-lain. Cita-cita aku awal tahun depan aku berharap dapat sewakan 1 lagi rak di dalam kedai ni. Aamiin

Pandangan Hadapan Butik Sweet Smile

Diantara Produk yang dipamerkan.
 

Tuesday, November 4, 2014

Kenapa Kita Mesti Berniaga dan Kaya?

Post kali ni saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pendapat dan pandangan saya tentang mengapa kita perlu berniaga?. Kenapa tidak terus berkerja dan balik kerja rehat-rehat di rumah dengan anak dan isteri. Kenapa perlu bersusah payah selepas penat berkerja di siang hari, terpaksa kuar malam untuk berniaga. Itu kalau yang berkerja siang lah. Saya ada beberapa pandangan peribadi berkenaan persoalan ini. Tuan/puan boleh mengulas atau tidak bersetuju dengan saya. Memang saya sangat mengalu-alukan pandagan tuan/puan.

1. 9/10 rezeki datang dari berniaga.
Kita selalu mendengar kata-kata bahawa 9/10 rezeki adalah datang dari berniaga. Memang saya sangat setuju dengan kenyataan ini. Berapa ramai kita tengok orang kaya yang bekerja dengan orang lain. Kebanyakan orang yang senang dah hidup mewah adalah berniaga. Memang ada yang bekerja kaya tetapi jumlahnya amat sedikit. Kemungkinan juga mereka ini bukan semata-mata makan gaji tetapi menggunakan duit gaji untuk pendapatan pasif seperti pelaburan dan memiliki rumah sewa. Kalau setakat kerja semata-mata sangat susah untuk mewah. Mungkin hanya cukup-cukup makan atau sekadar golongan pertengahan.

2. Mengelak daripada berada di Zon Selesa
Orang yang hanya berkerja makan gaji akan merasakan kedudukan mereka sangat releks dan selesa tanpa bertindak untuk meningkatkan pendapatan mereka. Mereka yang berada di zon selesa ini kebiasaanya melakukan sesuatu perkara yang sama dan tindak berani melakukan sesuatu yang luar biasa.Berbeza dengan orang yang berniaga terutama yang masih berniaga sambilan, mereka bertindak diluar kebiasaan dengan membuang rasa malu dan malas untuk meningkatkan lagi taraf hidup dan juga pendapatan.

3. Pendapatan yang berterusan dan tiada penghujung.
Salah satu sebab utama mereka yang berniaga ialah tidak mahu nilai diri mereka ditentukan oleh orang lain. Sebagai contoh, apabila kita bekerja, nilai kita telah ditentukan dengan gaji yang kita perolehi. Semakin besar gaji dan pangkat, semakin tinggi nilai kita. Berbeza dengan berniaga, mereka sendiri yang meletakkan nilai diri mereka sama ada bernilai ribuan ringgit setiap bulan atau ratusan ringgit. Sama ada menjadi pengarah sebuah syarikat atau memiliki rangkaian syarikat yang besar. Pendapatan daripada berniaga juga tidak ada penghujung. kita yang menentukan limit pendapatan kita.

4. Berfikiran positif
Kebanyakan orang-orang yang berniaga adalah berfikiran positif dan berpandangan jauh. ini tidak bermakna orang yang bukan berniaga tidak berfikiran positif tetapi saya mengambil pendekatan kebanyakan. ini kerana sekiranya perniaga mengamalkan sikap negatif maka perniagaannya tidak akan bergerak jauh. mungkin hanya dapat bertahan untuk beberapa tahun sahaja.

5. Bebas menentukan masa sendiri,
Dengan berniaga,  kita bebas untuk menentukan masa untuk kita berniaga. Contohnya waktu operasi peniagaan. Kita boleh mulakan waktu perniagaan petang sehingga malam, atau pagi sehingga tengahari. Kita sendiri yang menentukan masa untuk kita bekerja

6. Kepuasan melihat hasil usaha untuk diri sendiri dan keluarga
Walaupun cabaran berniaga adalah lebih sukar daripada makan gaji tetapi kepuasan daripada hasil yang didapati daripada berniaga adalah lebih kerana mereka yang berniaga ini tahu bahawa segala cabaran, penat lelah mereka adalah untuk diri mereka dan keluarga, bukan untuk majikan dan hanya mendapat gaji di akhir bulan.

7. Dapat membantu orang lain
Dengan berniaga, kita lebih mudah untuk kaya dan sesungguhnya kalau kita kaya lebih banyak orang yang kita boleh bantu. Dengan duit yang banyak, lebih banyak rumah-rumah anak yatim yang kita boleh beri sumbangan, Untuk pembinaan masjid dan juga golongan miskin di sekitar. Kita juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka. 

Dengan beberapa sebab ini, saya berpendapat memang kita wajib kaya dan tujuan kita kaya adalah bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi supaya kita lebih senang untuk membantu orang lain di sekeliling kita. Supaya kita dapat memberi sumbangan yang lebih besar. Insya Allah. Amin

Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Ramai Salah Anggap Konsep MLM

Multi Network Marketing ? Apa dia perniagaan Multi Network Marketing? Atau dalam bahasa mudah MLM.
Perniagaan yang semua orang boleh lakukan nya, cuma TIDAK SEMUA BERSEDIA MELAKUKANNYA. Ia mengunakan konsep bercerita dengan ilmu serta kebaikan tentang sesuatu perkara dan harus diketahui, bahawa MLM yg sebenar mengunakan konsep "GUNA  PAKAI SENDIRI" , bukan seperti yang selalu kita dengar, JUAL JUAL BARANGAN, KONSEP TARIK TARIK ATAU CARI CARI ORANG.
Banyak istilah dan tangapan orang luar mengenai nya.Dan banyak juga skim skim cepat kaya, SCAMMER. SCAM. yg menggunakan keadaan , modus operandi  , platform MLM. Yang merosakkan Industri MLM. So Kita perlu pelajari dan belajar mengenai ilmu sebenar MLM,
Jika kita salah caturan,. Maka seluruhnya akan gagal, KONSEP , CARA KERJA PUN KITA SALAH, bagaimana kita mahu mencipta kejayaan dalam biss ini,

Sebagai contoh,  kerja sebagai KERANI, apakah tugasan , kerani,apa perlu di lakukan oleh kerani, jika  kita silap, salah melakukan tugasan,  maka HASILNYA,.....?
Begitu juga jika kita sebagai GURU, JOB SCOPE GURU APA,

MLM  ITU KERJA NYA APA?
Apa yang di lakukan org yang menjalankan perniagaan MLM
Jualan jualan, jual barang,.....
Tarik tarik,,,, atau atau cari cari orang,..
Jika itu jawapan yang kita YAKIN ,
GAGAL LA BILA MINDA KITA DI SET bagi tujuan  jual barang dan cari org,.
Back to basic
Sharing is caring,
Silaturahim,.
Berjemaah,
Konsep ADD VALUE ON OTHER PEOPLE LIFE, (Menambah nilai hidup orang lain)
Yang atas ni , yang perlu kita gunakan
So !,,,, ILMU ITU SATU KEMESTIAN,.
Gunakan sebaiknya, 
BELAJAR
KOMITMEN

Jika di lihat, ramai berputus asa, dan bukan GAGAL,.
Industeri MLM tetap berjalan
4life tetap berkembang tampa anda, dan 4life tetap maju dan berkembang pesat,
So istilah GAGAL tidak ada, cumanya BERPUTUS ASA
KECEWA
Kecik Hati, Emosi
Tidak tahan dugaan, tak paham
Ini semua memerlukan masa untuk kita lalui, setahun atau sebulan,
BELAJARLAH
dan belajar juga bahawa MLM BUKAN SEKADAR BUAT DUIT..
jika kita ikhlas melakukannya, Allah sahaja pembalasnya.
DUIT boleh dapat dengan pelbagai cara, kerja, berniaga dan macam-macam cara lagi.
Buat MLM jika kerana duit semata-mata dsn melihat kebendaan semata-mata, tunggu saat anda akan jatuh.

KETERUJAAN BAGAIMANAKAH ANDA MENTERJEMAHKAN PADA RAKAN BISNES ANDA DAN ADAKAH ANDA SEKADAR SYOK SENDIRI.

Monday, September 15, 2014

Berhenti kerja dan berniaga sendiri?


 
Post aku kali ni adalah perkara yang bermain-main dalam kepada aku sejak dua tiga bulan kebelakangan ni. Berkerja makan gaji memang bagus. Pendapatan telah terjamin. Hujung bulan dapat duit. Sebelum masuk hujung bulan depan duit semua dah abis. Jadi tunggu gaji bulan depan. Sebab tu bila dekat masa nak gaji, Mydin dan kedai makan lengang. semua yang makan gaji ni dah kehabisan duit. Aku bukan nak tujukan kepada sesiapa dan kalau ada sesiapa yang terasa aku mintak maaf. Ini adalah hakikat yang mmg pahit tapi betul. Aku rasa aku ni duduk dalam zon yang selesa. mmg kerja teruk, stress dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan berkaitan kerja tetapi kerja tetap. tidak rasa tergugat. teruk macam mane sekali pun ckup bulan dapat gaji. mcm aku cakap tadi. zon selesa.

Sebenarnya aku tidak suka dalam zon selesa. Rasa kehilangan sesuatu. walaupun aku bukan dalam kategori orang yang pandai berniaga, tetapi aku tidak mahu berada dalam zone makan gaji. ini kerana aku rasa aku mampu dapat pendapatan melebihi daripada yang aku dapat sekarang. makan gaji, pendapatan aku telah ditetapkan, tahun ni berapa gaji maksimun, tahun depan dan pencen pun dah tau berapa dapat. dengan kadar inflasi setiap tahun, aku rasa duit pencen pun x ckup dan aku mesti terus berkerja.

Harga barangan, harga rumah semua naik.Bagaimana  dengan anak-anak nanti? mampu ke mereka untuk memiliki rumah. Alhamdulilah kalau aku dapat menyediakan rumah untuk mereka. tapi bagaimana dengan mereka yang masih tidak memiliki rumah? bagaimana pula nak menyediakan rumah kepada anak-anak nanti. Kalau kerja makan gaji, sebuah rumah untuk tinggal dihari tua mungkin dapat aku sediakan. Anak-anak nanti berebut-rebut nakkan rumah yang sebuah ni sebab harga rumah sangat mahal.

Dah jauh aku mengarut, sebenarnya aku nak sangat-sangat berhenti kerja. Dengan komitmen yang sedang aku tanggung menyebabkan niat aku untuk berhenti terpaksa ditangguhkan. Walaupun bagaimanapun aku sedang kumpul sedikit duit untuk  bercuti tanpa gaji selama 3 bulan. ini sebagai percubaan untuk aku berhenti kerja. aku rasa dengan cara yang betul aku dapat menggunakan cuti 3 bulan ini sebagai asas untuk aku berhenti kerja.

Aku nak jalankan bisnes 4life dan batik aku betul2 untuk 3 bulan itu nanti. pelanggan 4life aku sekarang ni dah mula ramai. Kadang-kadang terpaksa uruskan pelanggan malam sebab siang bekerja. nak buat temujanji pun susah. sebab tu aku kena cuba dalam masa 3 bulan ni betul-betul. Insya Allah kalau niat kita betul Allah akan permudahkan.

Sunday, February 23, 2014

Gerobokz Celebrity Bazaar

Alhamdulilah..selesai sudah 2 hari bukak booth di Dataran Underground. Share Idayu Batik dengan 4life Putrajaya. Sambutan pun menggalakkan..feedback positif dari pengunjung. Next week kita jumpa di Damansara..

Tuesday, February 18, 2014

Alhamdulilah Bersyukur . Bisnes Telah Mula Berjalan

wow.. Dah lama x postkan dalam ni.. yelah ingatkan blog ni khas untuk bisnes aje. dan Alhamdulilah skrg ni dah ada bisnes yang boleh dicuba. Aku dah 3 tahun lebih buat bisnes 4life dan sampai sekarang masih aktif. Pendapat daripada 4life pun semakin bertambah setiap bulan. Rezeki dari Allah.

Dalam aku teruskan dengan bisnes 4life tu, aku telah maju setapak lagi dalam bisnes online sebagai pembekal Kain Batik Sutera dan Kaftan. tapi ni sekadar tambahan saje.. mempelbagaikan cabang bisnes.

Banyak kelas dan seminar aku telah hadiri seperti seminar berbayar Dr Azizan Osman seperti Insentif Jutawan Industri (IJI) dan yang bulan 3 nanti Insetif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK). Aku pun pegi gak yg free oleh Dr Azizan. serti Bangkit 2014 dan Dunia Pelaburan.

Aku cuba berjinak2 dengan Dunia Pelaburan seperti pelaburan emas dan terbaru pelaburan saham. Yang pelaburan saham ni nampak mcm menarik untuk dipelajari dengan lebih lanjut.Mmg kena paham betul2 baru boleh nak ceburi bidang saham.
Malaysia Cheap Web Hosting