Wednesday, December 10, 2014

Aku Berhak Kaya dan Berjaya

Kenapa aku tak boleh nak kaya mcm orang lain, ape bezanya aku dengan mereka semua diluar sana yang kaya raya. Bukan semua yang kaya kat luar sana asal dari keluarga yang kaya, atau ada pendidikan tinggi menyebabkan otak mereka sangat genius. Jadi kenapa mereka boleh kaya dan tidak aku. Aku x nak bandingkan dengan ramai lagi yang lebih miskin dari aku sbb aku dah tau jawapan mereka. TAKDIR. atau pun macam2 lagi alasan mereka. Aku cuma nak tau pasal bagaimana nak jadi KAYA. Kenapa aku tidak menjadi salah seorang daripada mereka.

Memang topik macam ni aku lebih selesa tulis dalam blog ni dan bukan di blog peribadi aku. Alasannya sebab aku rasa orang yang nak baca blog ni ialah orang yang MINAT BISNES dan sikit-sikit dalam pikiran mereka macam aku jugak. Tengah cari peluang bagaimana nak jadi kaya. Aku bukan anti makan gaji, malah aku sendiri makan gaji. Dah bertahun-tahun aku makan gaji. Cuma dalam masa yang sama juga, bertahun-tahun aku intai peluang untuk majukan diri dalam perniagaan tetapi masih belum ada rezeki. Aku tak salahkan sesiapa pun kerana memang kelemahan aku masih tidak bersedia dan tiada mentor, Semua buat dengan cara TRY and ERROR. Tu seme x menjadi. Ditambah pula dengan mentaliti bisnes untuk tambah income dan buat bisnes part time-part time sahaja.

Kembali ke topik asal, kenapa aku tak boleh kaya macam orang lain. Sebenarnya jawapan tu dah ada pada kita sendiri. Adakah usaha kita sekarang ni melayakkan kita untuk jadi kaya.Kerja yang kita buat sekarang ni melayakkan kita kaya.Berapa banyakkah alasan yang kita ada-adakan untuk mengelakkan kita dari kaya. Semua tu jawapan kepada persoalan kita tadi. Kita masih banyak perasaan malu, takot, segan, malas dan pelbagai lagi perkara-perkara negatif dalam fikiran kita. Aku bagi contoh yang senang, Ilmu marketing yang paling power ialah kita bagitau semua orang bisnes yang kita buat.

Aku ambik contoh diri aku ini, aku buat bisnes produk kesihatan yang memang telah terbukti kebekesanannya dan telah berjaya membantu ramai orang sama ada orang yang sakit ataupun orang yang sakit duit. Syarikat yang bagus, produk yang bagus, sistem yang bagus.  Tetapi kenapa ada orang yang berjaya gile2 dalam bisnes ni dan ada yang x berjaya, lingkup dan salahkan orang lain. adakah orang lain salah atau diri sendiri yang tidak bersungguh-sungguh berusaha.

Kita selalu letakkan semua kesalahan kepada orang lain. kita lupa kesalahan yang paling besar ialah diri kita. Kita tidak memaksa bahagian malas dalam diri supaya bangun untuk lebih berusaha, jangan takot berusaha. Ini lah aku sebelum ini, bercampur aduk perkara yang negetif dan positf. Sekarang aku dah mula nampak, untuk berjaya sebenarnya kita harus positif, sifat-sifat positif akan menyebabkan orang mudah rapat dengan kita, tertarik dengan apa yang ingin kita kongsikan dan mungkin bersama-sama ingin menjadi rakan kongsi kita,

Berapa lama lagi kita sanggup hidup dengan cara hidup yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau hidup biasa-biasa, pendapatan pun biasa-biasa. kalau balik keje hanya pikir nak lepak kat umah, lepak kedai mamak, main futsal, dan banyak lagi aktiviti biasa. maka mmg biasa jugak le pendapatan kita. Aku menerima kalau ada komen, tp mohon agar komen tu biarlah komen yang membina atau perbincangan yang menjurus ke arah ilmiah, bukan tujuan nak cari salah sesiapa. Sebab pandangan ini adalah bersifat peribadi, maybe orang lain ada pandangan masing2



Tuesday, December 9, 2014

GempakBazaar di TTDI

Dah lama rasanya  Team 4life Putrajaya tak bukak booth di mana-mana. Selalunya hanya buat temujanji. Last booth yang kami buat sama-ialah di Dataran Underground (Post sebelum ini). Jadi pada  6 dan 7 Disember beberapa hari lepas, kami telah join booth anjuran GempakBazaar di Rasta TTDI. Aku dan team 4life Putrajaya telah berjaya menjalankan aktiviti berkongsi manfaat Produk 4life dan juga peluang perniagaannya. Kami  berempat ni kiranya ambil peluang untuk mendekati vendor-vendor booth yang lain sambil berkenalan. Maklumbalas agak mengalakkan juga sbb ramai jugak orang yang msh tak tau apa itu 4life.
Berkongsi booth dengan Produk Batik Terengganu pada Hari Pertama
Pada hari pertama, aku letak juga produk-produk Batik dari Idayubatik untuk tatapan pengemar batik. xde le kuarkan banyak sangat, untuk promosi je. Aku lebih fokus kepada berkongsi manfaat 4life sebenarnya. Jadi vendor-vendor di sekeliling tu seme team aku bagi flyer dan berkongsi maklumat ape itu 4life. Mudah-mudahan mereka semua boleh sebarkan maklumat itu kepada lebih ramai orang. 
Salah seorang dari ahli team 4life Putrajaya, Nizam 
 Ini dia hero-hero team 4life Putrajaya. Lepas ni kami semua akan buat havod di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Dari kiri, Aku (Shukri), Nizam, Kerull dan Hafiz
Masih ada beberapa lagi ahli team yang x dapat hadir kerana kekangan masa. Team kami bukan hanya berada di Putrajaya tetapi semua kawasan. Seperti Kerull juga cover kawasan Cheras, Petaling Jaya dan sekitarnya, ada lagi Somat ( Ampang), Cie (Puchong), Nizam (Putrajaya dan Penang), Hafiz (Putrajaya dan Kelantan), Aku (Putrajaya, Terengganu dan Johor), Aca ( Putrajaya dan Bentong,Pahang). Memang best kalau buat aktiviti kumpulan macam ni.
Kerull menyampaikan manfaat 4life kepada pengunjung yang datang sambil merasai sample produk 4life.
 
Dalam jaga Booth tu, sempat juga dengar preview filem Ophilia oleh Que Haidar. Macam best je cite Ophilia ni, kisah berkenaan semangat setiakawan 3 orang Skinhead.
Malaysia Cheap Web Hosting