Tuesday, May 19, 2015

Bagaimana Nak Cari Duit Extra

Assalammualaikum... dah lama saya x post something kat dalam ni. Tapi kali ni sebab ada idea sikit nak share maka saya ambil peluang untuk berkongsi pendapat saya di sini.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dilaksanakan mulai 1 April 2015. Memang kesannya dah mula terasa. Paling mudah nak tahu kesan GST ni dengan makan di Restoran Mamak. Tengok harga makanan dia berapa, Teh O ais RM240 dan Roti Telur RM2.50. Kalau makan seorang lauk biasa memang jejak RM8. Itu lah situasi di Putrajaya. Kalau kawasan lain saya x pastilah tapi rasanya lebih kurang sama juga. Itu baru makanan,bukan lagi barangan keperluan. oklah cukup pasal GST sbb topik ni bukan pasal GST tp nak dapatkan extra income.

Sebenarnya banyak cara untuk kita dapatkan duit extra. Dalam satu kelas Dr. Azizan yang pernah saya pegi. Doc pernah bertanyakan satu soalan kepada peserta. Dalam masa 5 -10 minit, senaraikan barang atau perkhidmatan yang ada disekeliling anda yang boleh memberikan mendapatan extra kepada anda. Terdapat 2 orang peserta yang dapat menyenaraikan 140 perkara atau pun barang yang boleh memberikan duit termasuk menjual barang-barang lama yang telah tidak digunakan lagi dan juga membuat kerja part time.

Banyak sebenarnya kerja part time yang kita boleh lakukan. sekiranya kita berkerja 8 - 10 jam sehari ,kita boleh gunakan masa 2- 4jam selebihnya untuk pekerjaan sambilan seperti part time di kedai atau stesen minyak. Atau menceburi bisnes secara sambilan. bisnes sambilan seperti MLM, Perniagaan Online dan juga Dropship. Sekiranya perniagaan MLM, pastikan anda bersedia dengan tekanan perniagaan ini dan selidiki terlebih dahulu perkara2 pernting berkenaan syarikat dan produknya. Perniagaan online agak mudah, anda hanya menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk yang anda jual. Manakala perniagaan dropship ialah anda mempromosikan produk orang lain dan dapat komisen daripada setiap produk yang anda jual.

Sebenarnya bergantung kepada kita, sama ada kita nak cari duit extra atau tidak. kadang-kadang kita sendiri yang memberi pelbagai alasan untuk tidak mencari duit extra. jadi kita akan menyalahkan orang lain bila tidak cukup duit belanja.
Malaysia Cheap Web Hosting