Monday, September 15, 2014

Berhenti kerja dan berniaga sendiri?


 
Post aku kali ni adalah perkara yang bermain-main dalam kepada aku sejak dua tiga bulan kebelakangan ni. Berkerja makan gaji memang bagus. Pendapatan telah terjamin. Hujung bulan dapat duit. Sebelum masuk hujung bulan depan duit semua dah abis. Jadi tunggu gaji bulan depan. Sebab tu bila dekat masa nak gaji, Mydin dan kedai makan lengang. semua yang makan gaji ni dah kehabisan duit. Aku bukan nak tujukan kepada sesiapa dan kalau ada sesiapa yang terasa aku mintak maaf. Ini adalah hakikat yang mmg pahit tapi betul. Aku rasa aku ni duduk dalam zon yang selesa. mmg kerja teruk, stress dan banyak lagi perkara yang perlu difikirkan berkaitan kerja tetapi kerja tetap. tidak rasa tergugat. teruk macam mane sekali pun ckup bulan dapat gaji. mcm aku cakap tadi. zon selesa.

Sebenarnya aku tidak suka dalam zon selesa. Rasa kehilangan sesuatu. walaupun aku bukan dalam kategori orang yang pandai berniaga, tetapi aku tidak mahu berada dalam zone makan gaji. ini kerana aku rasa aku mampu dapat pendapatan melebihi daripada yang aku dapat sekarang. makan gaji, pendapatan aku telah ditetapkan, tahun ni berapa gaji maksimun, tahun depan dan pencen pun dah tau berapa dapat. dengan kadar inflasi setiap tahun, aku rasa duit pencen pun x ckup dan aku mesti terus berkerja.

Harga barangan, harga rumah semua naik.Bagaimana  dengan anak-anak nanti? mampu ke mereka untuk memiliki rumah. Alhamdulilah kalau aku dapat menyediakan rumah untuk mereka. tapi bagaimana dengan mereka yang masih tidak memiliki rumah? bagaimana pula nak menyediakan rumah kepada anak-anak nanti. Kalau kerja makan gaji, sebuah rumah untuk tinggal dihari tua mungkin dapat aku sediakan. Anak-anak nanti berebut-rebut nakkan rumah yang sebuah ni sebab harga rumah sangat mahal.

Dah jauh aku mengarut, sebenarnya aku nak sangat-sangat berhenti kerja. Dengan komitmen yang sedang aku tanggung menyebabkan niat aku untuk berhenti terpaksa ditangguhkan. Walaupun bagaimanapun aku sedang kumpul sedikit duit untuk  bercuti tanpa gaji selama 3 bulan. ini sebagai percubaan untuk aku berhenti kerja. aku rasa dengan cara yang betul aku dapat menggunakan cuti 3 bulan ini sebagai asas untuk aku berhenti kerja.

Aku nak jalankan bisnes 4life dan batik aku betul2 untuk 3 bulan itu nanti. pelanggan 4life aku sekarang ni dah mula ramai. Kadang-kadang terpaksa uruskan pelanggan malam sebab siang bekerja. nak buat temujanji pun susah. sebab tu aku kena cuba dalam masa 3 bulan ni betul-betul. Insya Allah kalau niat kita betul Allah akan permudahkan.

Malaysia Cheap Web Hosting