Wednesday, January 14, 2015

Kenapa Perlu Bersusah Payah Berniaga


Kalau ditanyakan kenapa perlu berniaga? Banyak alasan yang akan diberikan, tetapi kebanyakan orang berniaga nak cepat-cepat dapat untung dan kalau berniaga pun nak yang mudah2 aje tapi untung beribu-ribu.

Contoh kalau tanya saya, memang sehingga kini saya masih berkerja dan mengkayakan bos. Saya sangat terkesan dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh seorang Jutawan : "Mengapa Awak Makan Gaji". Artikel tu memang menyindir orang yang makan gaji seperti saya. Kita ni hari-hari bekerja tiap2 bulan cukup makan atau ada kalanya duit akhir bulan atau tidak sampai akhir bulan dah abis, tidak cukup tetapi kita ni memang jenis orang yang sangat sabar. kita masih akan berkerja walaupun kita tau kita tidak akan cukup sehingga hujung bulan. dan benda ini berterusan untuk jangka masa yang lama, berpuluh-puluh tahun.

Banyak alasan yang akan diberikan oleh orang. Takot rugi, takot gagal, komitmen tinggi, tidak tau nak berniaga apa, nanti kawan lari bile jual kat kawan, takot kena reject. dan macam2 lagi alasan. tapi tau kah kita bahawa, semakin  kita berkerja, sebenarnya kita bukan semakin senang tapi kita akan semakin dihimpit. Adakah apabila kita bersara, duit pencen cukup untuk menampung kita.


BERNIAGA. memang satu perkerjaan yang mencabar, risiko pun besar. tapi tahukah kita, berniaga ini adalah komitmen kita terhadap diri sendiri dan keluarga. Segala usaha dan penat lelah kita adalah untuk diri sendiri dan bukan untuk kayakan orang lain. Tidakkan kita yakin, sekiranya kita berniaga macam kita berkerja dan dengan penuh komitmen, hasil yang kita dapat lagi besar dari bekerja.

Ada satu buku yang saya baca, Harta bukan segalanya tetapi hampir segalanya memerlukan harta. Hatta dalam islam pun harta perlu dicari. Saya ambil contoh rukun islam. 5 perkara dalam rukun  Islam. Pertama mengucap dua kalimah syahadat. Memang tidak perlukan duit. Begitu juga rukun kedua, Solat 5 waktu.  Tetapi solat di masjid dan surau perlukan duit untuk dibina., 3. Puasa, mungkin x banyak pakai duit, tp rukun ke empat, zakat yang wajib  dibayar memerlukan duit, makin banyak zakat yang dibayar adalah makin elok untuk keseluruhan umat islam.Rukun kelima haji memerlukan duit. mengikut koata haji, senarai menunggu sahaja sehingga 50 tahun lebih. itu pun memerlukan duit, Kalau kita sanggup mengeluarkan belanja yang besar kita boleh memilih koata VIP yang harganya ratusan ribu.

Ramai orang yang berniaga kandas di tengah jalan. Tidak sanggup menghadapi ranjau dan cabaran dalam perniagaan. Akhir sekali putus asa dan kembali ke alam pekerjaan.

Akhir sekali saya sertak petikan klasik kata-kata Li Kah-Shing. Kita Buka mata hati memahami kata-kata beliau.
BEKERJA DENGAN ORANG LAIN ADALAH SATU PELABURAN YANG PALING BODOH.
"Kenapa awak sentiasa makan gaji sahaja?"
1.Kerana awak senang dalam kesusahan! Kerana awak tidak berani, takut memilih jalan yang lain, maka awak hanya makan gaji sahaja!
2.Awak pernah fikir untuk ubah hidup, ubah nasib awak yang miskin, tetapi awak tida buat! awak takut untuk buat!takut kalah dan menjadi lebih miskin! akhirnya awak tidak berani fikir, patah balik kepada bekerja, sebab itu awak hanya makan gaji!
3.Awak sudah bekerja keras, sudah berjuang, awak mempunyai cita-cita yang tinggi, Akhirnya awak tidak mendapat hasil yang awak impikan! Awak putus asa! sebab itu  awak makan gaji sahaja!
5.Sebab awak takut kepada ibu bapa , awak dengar cakap saudara mara, awak tiada pendirian, tidak berani buat keputusan sendiri, sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja!
6. pemikiran awak kuno, hanya mahu bekerja  untuk dapatkan wang, Berkahwin & beranak, lepas itu tunggu tua, sakit & mati. Perjalanan hidup yang sama seperti ibu bapa awak, sebab itu awak makan gaji sahaja!
7.Awak dilahirkan lemah,otak lambat berpusing, hanya mahu membuat kerja yang senang. awak hanya mahu membuat perniagaan yang tidak perlukan modal, awak hanya duduk rumah tunggu perkara baik jatuh dari langit, sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja!
8.Awak sentiasa mengadu tiada peluang, apabila peluang datang awak biarkannya pergi!, Sebab awak tidak merebut peluang!,sebab itu awak sentiasa makan gaji sahaja!
9.Disebabkan miskin, awak merendahkan diri, awak berundur! awak tidak berani memuji!awak hanya tahu bekerja dengan orang lain!, Sebab itu, awak sentiasa makan gaji sahaja!
10. Awak tiada bakat@ kemahiran tertentu, sebab itu awak hanya gunakan kekerasan seperti ibu bapa awak! satu kitaran yang tidak bagus, oleh itu awak sentiasa makan gaji sahaja!

Maaf kalau ada yang terasa. Tu ditujukan khas juga pada saya sendiri. dan petikan di atas hanya untuk kita renungkan. Ambil perkara yang baik dan buang perkara yang tidak baik.

No comments:

Malaysia Cheap Web Hosting